Make your own free website on Tripod.com

HELAH SPR

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini SPR ada menyatakan bahawa hampir 45,000 telah dikeluarkan dari daftar pengundi. Dalam fikiran saya ini satu pembersihan yang baik. Tiba-tiba rakan saya memberitahu bahawa sebenarnya SPR mengeluarkan pendaftar undi hantu dari Sabah hampir 35,000. Ia mandapat maklumat dari orang dalam SPR sendiri. Bakinya hampir 10,000 tak tahu dari mana datangnya. Mungkin diada-adakan sahaja.

Dengar berita dari rakan saya juga, semua janji untuk memberi kad pengenalan kepada pengundi hantu di Sabah tidak ditunaikan. Banyak kad pengenalan yang ditarikbalik. Alasannya BN menang tak cukup kuat di Sabah. Kesian kepada pengundi hantu tersebut. Tertipu bulat-bulat. Kerajaan hanya tabur janji tetapi tak mampu tunaikannya. Menyeksa rakyat Sabah adalah. Cuba rujuk kenyataan Osu Sukam mengenai cukai yang baru diumumkan.

Diminta semua rakyat jangan lagi tertipu dengan janji UMNO. Mereka akan hanya membuat janji supaya mereka menang tetapi selepas itu semua janji hanya tinggal janji. Hanya poket sendiri yang diisi.

ASSYAFIQ