Make your own free website on Tripod.com

SIRI PERBICARAAN KEDUA ANWAR AKAN BERMULA

KUALA LUMPUR, 22 April (RU) Bekas Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar bin Ibrahim akan muncul semula ke mahkamah untuk siri perbicaraan yang selanjutnya.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah di atas dakwaan perlakuan hubungan seks luar tabii terhadap bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar pada 27 April ini.

Anwar masih lagi menghadapi beberapa tuduhan yang tidak berasas iaitu rasuah dan empat lagi tuduhan seks luar batasan.

Beliau dijangkakan akan kehilangan keahlian di Parlimen dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sebaik sahaja dibebaskan.