Make your own free website on Tripod.com

TANDA PILIHANRAYA SUDAH NAMPAK

KUALA LUMPUR, 21 April (RU). Nampaknya tanda-tanda ke arah pilihanraya umum sedekat ini sudah jelas kelihatan.

Di Jalan Ampang semalam, sudah kelihatan bendera-bendera UMNO dinaikkan di tiang-tiang lampu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) oleh beberapa petugas parti BN.

Manakala di Perlis sudah kedengaran heboh bahawa Menteri Besarnya, Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mula mengarahkan lebih 10,000 bendera parti itu digantung di beberapa kawasan seluruh negeri itu.

Malah, perjumpaan antara Perdana Menteri dan kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri beberapa hari yang lalu menguatkan lagi desas-desus untuk mengadakan pilihanraya umum.

Keputusan untuk pilihanraya umum ini dilakukan kerana mengambil peluang persediaan PKN yang masih di dalam proses penubuhan parti tersebut di peringkat cawangan dan bahagian.