Make your own free website on Tripod.com

Mahathir Dakwa Pemimpin Barat Bersifat Perkauman

KUALA LUMPUR, 20 April (RU). Semalam Perdana Menteri Malaysia membalas kritikan pemimpin asing dengan menyebut pemimpin berkulit putih adalah bersifat perkauman di dalam akhbar The Star.

Beliau mendakwa orang-orang Barat ini hanya pandai menunjuk telunjuk kepada pemimpin kulit berwarna seluruh dunia.

Beliau menyuruh pemimpin-pemimpin barat ini supaya datang sendiri dan melawat apa yang berlaku di sini dengan mata kasar sendiri.

Bukan itu sahaja, PM juga menuduh membabi buta beberapa menteri-menteri Barat yang ada juga korup dan terlibat dalam kes pembunuhan.

Malah, PM yang sedang sakit itu mengecam pihak pembangkang dengan menuduh bahawa dengan adanya bendera PKN dan PAS di dalam demo di ibu negara, beliau mendakwa ini adalah jelas bahawa parti-parti tersebut tidak boleh berselindung.

Setakat ini dilaporkan lebih 188 orang telah ditahan yang difahamkan satu pertiga jumlah tersebut adalah mahasiswa IPT tempatan.

Pihak RU mencadangkan kepada para pendemo supaya membawa bendera UMNO dan BN sekali untuk terlibat sama dan biarlah jumlah bendera itu lebih banyak daripada bendera-bendera parti-parti alternatif. Kita lihat apa reaksi Mahathir yang nazak itu.