Make your own free website on Tripod.com

MAHATHIR OH MAHATHIR

Kenapa Tuhan perintahkan Muhammad membaca, baca dengan nama Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Kerana Allah Maha Mengetahui. Sesudah wafat Rasullullah, Tuhan tidak akan menurunkan nabi yang lain. Muhammad SAW Nabi yang terakhir dan seandainya umat Muhammad mahu selamat mereka mesti pandai membaca. Tapi mesti baca dengan nama Allah. Mestilah ingat akan kebesaran Allah yang telah menjadikan sekalian alam. Dan manusia diajar dengan perantaraan Kalam Allah. Allah mengajar manusia apa yang mreka tidak tahu.

Kita semua ramai umat Islam yang rindukan seorang pemimpin Islam. Seorang imam yang bukan saja berpakaian Rasul, berjubah dan berserban, tapi yang benar-benar mengikut sunnah Rasul. Ramai di antara para pemimpin UMNI part Islam yang terbesar di Malaysia ini cuma pandai menyuarakan isi Quran dan Hadis Nabi, tapi tidak menaladani hidup nabi. Pemimpin UMNO sebelum Mahathir tidak melambangkan pemimpin Islam sejati.

Mahathir pemimpun UMNO. UMNO parti Islam terbesar. Perangai dan tingkah laku Mahathir tidak ada cacat celanya. Sedikit demi sedikit Mahathir mecuri cinta kasih dari sifat lahiriahnya. Tiba-tiba Mahathir jadi macam Imam Mahadi. Orang melayu lupa Tunku Abdul Rahman, lupa Tun Razak, lupa Hussein Onn sama sekali.

Mahathir mempunyai perangai dan tingkah laku yang lemah lembut, tidak banyak bercakap, sentiasa bersih dari segi pakaian, tidak minum arak, tidak hisap rokok, seorang ayah yang bertanggungjawab, seorang suami yang baik dan pengasih (kemana sahaja bawa isteri) tidak seperti pemimpun UMNO yang lain suka minum arak, kadang-kadang mabuk disana sini, pergi lumba kuda, main judi, kaki betina, kaki disko, asyik terlibat dengan skandal.

Mahathir bersih dari kejahatan lahiriah. Bercakap pasal Islam, Mahathir ambil menteri-menteri yang ada pendidikan agama disekelilingnya. Anwar Ibrahim, Dolah Badawi, Sharifah Dora. Mahathir buat Bank Islam, buat Universiti Islam, adakan penyerapan nilai Islam. Semua yang dibuat itu baik- baik belaka. Siapa yang tidak menyokongnya memang tidak patut. Mahathir baik.

Mahathir tidak hisap rokok, para pengampu disekeliling Mahathir takut hendak hisap rokok. Ketakutan hisap rokok ini lama kelamaan menjadi Momok , jadi besar dan besar sehingga begitu BESAR menjadi satu macam undang-undang, hampir di semua pejabat terdapat papan tanda tertulis 'Tidak dibenarkan merokok'. Mula-mula ramai yang marah. Lama kelamaan mereka ikut saja. Tapi di Kelantan wakil-wakil rakyat Mahathir yang takut merokok terus minta rakyat tanam tembakau di Kelantan tu nak tanam apa pula ? Rakyat jadi haru biru. Tak tau mana satu nak ikut.

Ramai orang Islam yang bukan pemimpin tidak hisap rokok. Ramai di antaranya yang tidak minum arak, tidak berzina, menjadi suami yang baik, ayah yang bertanggungjawab, pekerja yang taat dan rajin. Ramai yang taat pada ajaran agama mereka. Apa gunanya kebaikkan begini kalau untuk dirinya saja ? Rakyat untung apa dari pemimpin macam ini ? Saudara- saudara Islam yang lain untung dari pemimpin yang cuma baik dari lahiriahnya sahaja. Itu adalah fardu ain, kita mahukan pemimpin yang mengamalkan fardu kifayah. Hari ini pemimpin yang cakap pasal Islam cuma membawa keuntungan bagi diri sendiri dan orang Islam yang sekutu dengan mereka saja kerana ramai yang bercakap pasal Islam tapi hidup macam Firaun.

Mahathir suka datang kerja cepat, datang kerja lebih awal dari pekerja-pekerja lain. Semua pengampu yang mahu mendapat tempat di hati Mahathir pun datang cepat juga. Yang lain suka tidak suka kena datang juga kerana Mahathir datang cepat. Kalau lambat malu dan kena denda. Mahathir memaksa rakyat buat sesuatu yang tidak ikhlas. Biar bagaimanapun kerana itu kehendaknya. Akhirnya jadi satu undang-undang juga. Ini satu permainan psikologi bagaimana menanam semangat supaya orang ramai semakin hari semakin takut kepada Mahathir. Sampai satu saat Mahathir nanti jadi gergasi. Peniaga-peniaga disekelilingnya juga satu demi satu dijadikan gergasi.Baca Utusan Malaysia Isnin 30 April 1984 muka depan terpampang Kerajaan mahukan lebih ramai usahawan gergasi. Sudahlah dia jadi gergasi dalam politik, kawan-kawannya jadi gergasi dalam bisnes. Rakyat jadi apa ? Hamba dan makanan gergasi ke ? Ini ke cara Islam ? Islam tidak menggalakkan gergasi.

Kiranya sekali lagi Mahathir dapatkan Musa sebagai regu dan dapat semua Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi yang sudah terdidik taat setia kepadanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang diperintah dan dikuasai gergasi-gergasi, dimana rakyatnya nanti jadi macam robot, jadi macam tolol, ikut saja kata para gergasi. Mahukah orang Melayu hidup begitu?

Setiap orang mulutnya terkunci, yang tidak terkunci sendiri akan dikunci. Setiap orang akan memandang kepada satu hala saja. Kerana yang memerintahnya nanti adalah satu manusia yang mempunyai satu mata sahaja.

Kasihan orang Melayu yang Agama Islam cuma pada surat beranak dan kad pengenalan, kerana satu masa nanti mereka cuma tahu yang besar itu cuma Mahathir. Mahathir yang mana besar dan maha berkuasa dalam negeri ini. Akhirnya mereka yang hilang kepercayaan bahawa Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Kuasa. ' Nauzubillahhiminal zalik ' kerana alangkah ruginya bila yang beragama takut dan gentar berhadapan dengan pemimpin yang menggunakan tekanan dan paksaan sebagai kuasa. Bunga-bunga dari perbuatan menunjukkan kuasa amat jelas sekarang. Mana menteri yang tidak akan dengar cakapnya akan hilang kerusi kementeriannya. Mana juga hartawan yang tidak akan tunduk dan ikut cakapnya akan hilang kekayaan.

Orang yang berpangkat yang tidak ikut perintah dan petunjuknya, kehilangan pangkat. Rakyat yang degil ditarik balik subsidi. Jadi semua orang takut. Hiduplah manusia melayu jadi manusia penakut. Berbaliklah kita ke zaman penjajahan, atau kita akan merasakan diri kita ini berada disebuah negara kuku besi yang diperintah oleh para gergasi. Alhamdulillah, nasib baik Allah pilih Sultan Johor menjadi Yang Dipertua Agung. Baginda saja yang diharapkan oleh orang Melayu supaya dapat menentang para gergasi ini. Seperti Baginda telah menewaskan Gergasi Pendek di Johor.

Tengok! apa yang telah terjadi pada Tun Mustapha dan USNO? tengok apa yang akan terjadi pada Rukun Negara sedikit hari lagi. Dan apa akan jadi pada mereka yang tidak menyokongnya. Tengoklah apa akan jadi pada Syed Hussein Alattas, penulis buku ini. Segala ramalan dan nujumnya akan dijahanamkan supaya siapapun tidak akan percaya pada segala tulisan lagi. Kasihan Pak Habib.

Kelahiran manusia akan duduk diatas kepala manusia ini tidak disedari oleh umat Melayu. Mata dan telinga mereka sudah dikabui, kerana pemujaan keterlaluan yang telah diberikan kepada Mahathir, pemimpun melayu keturunan India Kerala, sebuah negeri Komunis di India Selatan. Kalau ada pun yang sedar nak buat apa-apa.

Saya sendiri pun pada mulanya jadi kabur, gelap mata melihat keindahan kata dan harapan yang dijanjikan untuk rakyat. Syukur saya kehadrat Allah, kerana telah membuka semula mata saya, agar saya dapat membuka mata-mata saudara saya. Jangan mereka nanti jadi rakyat yang memaksa umatnya supaya lebih takut pada pemimpin dari takut pada Allah.

Di mana saja di dunia ini bila umatnya hidup dalam ketakutkan kerana kekejaman dan kezaliman, negara itu tidak akan aman dan akan menghadapi kehancuran! Kerana Allah mendengar dan memakbulkannya permintaan manusia yang dizalimi dan teraniaya.

Mahathir tokoh yang tidak disenangi oleh orang pejabat. Mereka sekarang cari rezeki dalam keadaan takut. Takut pada jam yang dipinda oleh Mahathir tu. Kononnya hendak membangun, membangun apa! kalau rakyat dalam ketakutan. Dulu orang takut pada pencuri, perompak sahaja, sekarang takut pada jam. Sikit punya teruk ke Mahathir mengerjakan rakyat? Mahathir gunakan apa saja untuk menjadikan rakyat Malaysia "rakyat penakut". Kerana bila rakyat sudah jadi penakut senanglah Mahathir buat apa saja yang dia suka. Takut kalau orang kata tidak cekap, takut kalau orang kata tidak bersih, takut kalau orang kata tidak amanah.

Dulu orang melayu berkiblat ke Barat, Mahathir ajak kita semua berkiblat ke Timur, ke Jepun, ke Korea. Macamlah kita tidak ada peribadi sendiri. Kenapa kita tidak lihat pada diri sendiri? Takutkah lihat diri sendiri? Kita sekarang ini hendak buat budaya kebangsaan. Ini semua orang dah setuju. Kebudayaan kebangsaan berasaskan Bumiputera dan Islam. Yang awat nak pi ke timur dan ke barat tu buat apa?

Mahathir sudah hampir berjaya dalam usahanya menakut-nakutkan umat Melayu yang tidak berdosa. Berjaya menakutkan pemimpin UMNO yang hidup mereka bergelumang dosa, para pemimpin muda yang inginkan kedudukkan dan kuasa. Pemimpin muda yang terlupa tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Biar bagaimanapun dia akan gagal dalam rancangan yang boleh merugikan bangsa kerana dalam negara ini masih ramai lagi orang yang beriman dan beramal saleh. Dalam UMNO sendiri pun ramai pemimpin yang berjiwa Islam tulen yang berjiwa nasionalis yang tidak gentar bila berhadapan dengan penyeleweng.

Jasa Mahathir kepada orang Melayu terlalu besar, dia telah membuka mata raja dan rakyat supaya masing-masing tahu tanggungjawab mereka. Jadi kalau adapun yang tidak baik dibuatnya orang terpaksa tutup mulut, kerana kepada orang Melayu tidak ada pemimpin yang lebih handal dari Mahathir. Mahathir paling berani, paling tegas, paling cerdik dan Perdana Menteri yang paling handsome. Itulah pemujaan dan sanjungan yang dimainkan oleh mesia massa. Mahathir berani menentang British, berani menukar waktu. Berani membuat akta Universiti sehingga penuntut di Universiti kini semua sudah jadi macam 'Robot' macam burung 'Penguin' yang mengikut saja belakang kawannya.

Begitulah Mahathir hero, orang putih nampak diam, tapi bangsa yang pernah mempunyai empire yang kuat itu tidak bodoh. British membuat pengumuman mahu keluar dari Hong Kong, apa yang telah terjadi pada Bank Bumiputra? apa jadi pada B.M.F. Ini semua kerana keberanian Mahathirlah, tapi dia pandai main politik. Rakyat sikit pun tak marah dia.

Mahathir curahkan wang ke negeri Jepun. Sikit punya hebat Mahathir main catur? Mahathir yang bawa Jepun dan Korea masuk Malaysia. Bisnes yang besar semua pada mereka. Orang Malaysia dapat apa? Contoh yang nyata, Bagunan Daya Bumi tidak berdayanya kaum bumi. Yang berdaya dan yang kaya hanya mereka yang terlibat dan Jepun yang membuatnya saja.

Sikit punya sumpah ke orang Melayu bila tengok bagunan Daya Bumi yang menunjukkan betapa tidak berdayanya kontraktor bumi. Banyaknya wang yang mengalir ke Jepun. Mahathir oh Mahathir.

dipetik dari buku " FIRASAT Rahsia Mengenal Diri Sendiri" S.H.ALATTAS

 

Salam Reformasi & KeADILan

kekanda@mddanial